Monday 30 January 2012

ciri-ciri mukmin yang berjaya menurut al-Quran



Maksudnya
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [1] 
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2] 
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [4] 
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [5]  
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -[6]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [7]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [8] 
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; [9]  
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi –[10] 
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.[11]

Saya terasa amat kecil bila membaca surah ini dan maksudnya, betapa kurangnya diri saya dalam semua aspek ini. Tetapi ia juga menjadi pembakar semangat dan panduan saya untuk menjadi mukmin yang berjaya. Jadi marilah kita bersama-sama mematuhi ukuran yang telah ditetapkan ini dan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat insyaAllah..

No comments:

Post a Comment