Monday 16 January 2012

fakta tentang lelaki dan perempuan..


"the comfortable feeling comes when we know we are loved by someone"

kadang-kadang bila kita bersame someone yang istimewa selain yang teristimewa seperti keluarga atau kawan2 karib iaitu bersame si die 
"he @ she "
kekadang mesti terfikir dalam kepale "ape agak tu ape agaknye ni",meh teman bg ckit fakta pasal laki n perempuan. mungkin kene mungkin langsung x kene :



LELAKI

  •  "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon   hanya untuk mengelakkan gagap.
  •  Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  •  Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  • Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  •  Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
  •  Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
 Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki

Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

 Lelaki sangat benci dikhianati.

 Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona

Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda.

Jangan pernah berkata padanya, Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. 
          
PEREMPUAN


  • Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong.
  • Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata
  • Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. 
  •        Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf. 
  • Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk.
  • Perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.
  • Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya.

 Jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda. 

Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya.

Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai.













1 comment: